NAZIATULYAZREEN

NAZIATULYAZREEN

Buah Hatiku Dunia Akhirat!

Buah Hatiku Dunia Akhirat!
Inilah PENGARANG JANTUNG aku. Ibu dan ayah aku. Ibu yang selalu menjadi tulang aku untuk bertahan dalam menjalani kehidupan aku. Ibu yang sangat penyayang dan baik. Mengambil berat sifat yang paling terserlah. Ayah yang bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kami semua. Ayah yang sentiasa menyokong aku walau apa jua sekalipun. Aku berjanji akan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang. Di dunia dan akhirat sekalipun. Aminnn...

WARNA KEHIDUPAN

WARNA KEHIDUPAN
Hidup aku penuh dengan WARNA WARNI. Aku sukakan warna yang menarik dan sedap mata memandang. Bagi aku, ia juga melambangkan betapa gembiranya aku menjadi khalifah ALLAH SWT yang berkuasa di muka bumi ini. Walaupun aku sedih, hiba dan susah hati, aku tetap akan menjadi sinar dalam diri aku yang lemah ini. Jadi, sinari juga diri anda dengan warna kehidupan!

KAWAN!

KAWAN!
KAWAN SEPERJUANGAN ! Kawan aku yang sangat BEST! Sibuk dengan TREND! FASHION! Dan mereka juga WELL-EDUCATED. Aku selesa bergaul dengan mereka sebab mereka ' satu kepala ' . . Aku harap mereka dapat apa yang mereka impikan. Semoga berjaya dalam bidang masing2.. AMINN...

Monday 25 July 2011

Untuk Terakhir Kali Ku Melihat Wajahmu...

Aku Lepaskan Kau! Kata-kata terakhir dari kau untuk aku. Aku terima seadanya. Cukuplah aku bertahan selama 9 tahun aku bersama kau. Suka duka aku harungi. Pahit semua aku telan. Seribu titisan air mata gugur dari aku untuk kau. Sayang itu terlalu sukar diungkapkan. Ini pembalasan yang kau bagi pada aku. Aku terima. Andai satu hari nanti kau dikecewakan, kau akan rasa betapa seksanya jiwa dan raga kau apabila ditinggalkan. Di mana janji kau untuk tidak tinggalkan aku? Hati aku hancur lebur. Kau perlu tahu, aku sayang sangat pada kau. Cinta? Berjuta kali aku ungkapkan kepada kau. Tetapi, PERPISAHAN yang aku dapat akhirnya...Setiap hari aku jumpa, tatap wajah kau yang suci itu...aku memahami keadaan kau. aku mengalah dalam setiap perselisihan kita. Aku mencintai diri kau lebih dari nyawa aku sendiri. Kau cakap pada aku yang kau takkan tinggalkan aku. Mengapa dan kenapa? Apa salah aku pada kau? Kerana kau aku terseksa. Tapi, apakan daya aku terpaksa harungi kehidupan ini tanpa kau di sisi aku. Kaulah pemberi semangat pada aku. Kaulah penerang hidup aku. Betul cakap orang, mengemis kasih orang memang begini. Kau jarang call aku. Jumpa pun susah sangat2. Mengapa kau berubah terlalu cepat? Adakah insan lain di hati kau? Siapa? Aku rela dipermainkan asalkan kau bahagia. Itulah AKU. Siang malam aku teringat pada kau. Lebih kurang seminggu aku terlantar kesakitan. Kau tahu apa yang aku sakit? HATI AKU! Aku sedar siapa diri aku. Aku hanya menumpang di sudut hati kau. Walaupun aku tidak rela, bersama air mata ku lepaskan kau pergi. Aku hanya mampu memberi kan kau kasih sayang. Harta benda aku tidak mampu dan MUNGKIN bagi aku. Aku tidak pernah meminta apa-apa dari kau. HANYA KASIH SAYANG yang aku mahu! 9 tahun itu masa yang agak panjang. Bukan semudah itu aku boleh lupakan kau. Adakah kau rasa apa yang aku rasa. Aku masih menunggu kau. Aku tidak sangka SEKELIP MATA KAU BERUBAH. Ini lah lumrah kehidupan. Mata aku tidak mengeluarkan air mata TETAPI hati aku! Hati aku menangis dan menangis. Aku rindu sangat kemesraan kita. Aku masih menunggu dan menagih kasihmu. Dimana kau sekarang? Ya Allah, kau berikan lah aku petunjuk untuk menghadapi dugaan ini dengan tabah. Cinta yang kita bina akhirnya Hancur. Hancur. Hancur. Hancur. Aku tulis dari hati aku sendiri. Aku yang menanggung segalanya NOOR AZMI!

Tuesday 19 July 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN!




Selamat Datang Ramadhan Al-Mubarak!
Bulan Paling Yang dinantikan oleh semua umat islam. Ia bukan sahaja umat islam diwajibkan berpuasa, tetapi kita juga perlu menghindarkan diri daripada melakukan perkara yang tidak mendatangkan faedah. Kawan-kawan, Malam Lailatul qadar juga malam yang sangat indah. Bukan calang-calang orang yang boleh dapat. Kalau nak mengejar pahala, banyak-banyak lah beribadah nanti ye! Kepada semua umat islam, tunaikan kewajipan kita sebagai umat islam di muka bumi ini. Selamat Menyambut Ramadhan dari GULA-GULI KEHIDUPAN!